AI.DA

AI.DA
Advocating for an All Inclusive Dance Action for everyone

Thursday, November 8, 2012

Unearth Guna-Guna Part 1 Rehearsal at The Third Space Esplanade Recital Studio

Unearth Guna-Guna Part 2 Rehearsal at The Third Space Esplanade

UNEARTH GUNA-GUNA Part 3 Rehearsal at The Third Space - Asian Contemporary Expressions

i think this was the hardest section - to find a closure for the excerpt of the part 1 and part 2
the first part and part 2 was a piece by itself, the third section was like not linking to the first two sections. We manage to complete it nevertheless as an extension of the actual work.
this third section definitely need to be deconstruct and approached again differently ..

street moves


Working together as a team in Blind Spot http://www.youtube.com/watch?v=x-UfszTlHoY

Throwback : Shakti Dances


I have to unfortunately admit that i am unable to share any photos, videos or documentation of Shakti Dances - as most are probably thrashed away, as it was left in the house of my ex when i left in 2002. And thus - it is no longer at his house today - nor with me.

I believe the only persons who would have any photos or footages of Shakti's pass would be my Shakti founding partner's Judimar Monfils and possibly Alla or Arifwaran.

But here are some that Mark Teh from Five Arts Centre have shared with me - photos from our work in Playground with Marion D'Cruz and the performers back in 1999 when i was 7 months pregnant with Maya.

So blessed to have had the opportunity to work with each and everyone of them. I cherish those days but unable to go back, as i find that i cannot merge the two worlds - where i am today and where i was, to work on to where we could be possibly today .. ??
maybe it is meant that way....


Guna-Guna - Revisited


Unearth Guna-Guna was re-created for the dance students of NAFA dance department, and was presented at The Third Space - Esplanade Theater Singapore in conjunction with the dan:s Festival 2012

Featuring music by Sebastian Schatz (Holland) and Junita Batubara, and rearranged by SAMWISEMUSIC - the piece was readapted for the theater space. Starting off from images taken from Jadi-Jadian and merging it with concept of guna-guna ... unearth guna-guna has taken a life of its own.

UNEARTH
"We pick up piece by piece to recover with our hands such unexpected relics of our will to exercise a choice, but where others construe as revolt"
GUNA-GUNA
Guna in the Malay language means use. In Bahasa Indonesia guna-guna means real magic with spells and spirits or translated by Dutch as 'silent force'. The choreography demonstrates how forces of opposites depend on each other, rather than work against each other, to attain the union of all-powerfulness.

I have uploaded the rehearsal session of Unearth Guna-Guna taken at the Recital Hall in Esplanade Theater. Although it is more or less complete - i found that we needed to clean up the last parts of the choreography in terms of spacing and dynamics of the movement. The work features a 3 part excerpt of the original work-in-progress GUNA-GUNA that was performed in Rotterdam in 2005 for the CODARTS Dance Unlimited Project. UNEARTH GUNA-GUNA was presented by the NAFA dance department students at The Third Space: Contemporary Asian Explorations for the da:ns Festival 2012 at the Esplanade Recital Studio, Singapore on 26 & 27 October 2012.

Unearth Guna-Guna Choreographed by Aida Redza
Music Composer: Sebastian Schatz (Holland) and Junita Batubara (Indonesia)
Music Rearranged by SAMWISEMUSIC
Performed by Phua Mui Ling, Kenneth Tan Ting Feng, Muhammad Nur Afiq Bin Noorazwa, Jeslyn Yang Nianqi, Geraldine Phang Kar Men, Matthew Goh Jia Hui, Winny Yap, Liu Peiying, Agnes Lim Si Qi

It was a pleasure working with the wonderful dancers of NAFA dance department.



Tulisan oleh Intan Rafiza

http://intanrafiza.blogspot.com/2012/07/pengenalan-medium-tubuh-aida-redza.html

Seni dan masyarakat berpunca dari kaitan manusia dan alam sekitarnya. Manusia dapat mengenali diri melalui karya-karya seni dengan menghidupkan getaran dalam sanubarinya. Petikan dari catalog ‘Pameran Balai Seni Lukis Negara’ Datuk Syed Ahmad Jamal, Ketua Pengarah, 1988. Dari petikan diatas, kepelbagaian medium untuk menyuarakan pendapat dan ekspresi seni memperlihatkan perbezaan rasa percaya dalam cara penyampaian masing-masing. Walaupun ianya adalah kepada satu tujuan yang sama, iaitu memberi dan menyampaikan sesuatu yang ingin dikongsi, bertindak balas kepada ruang sekeliling ataupun ianya adalah bertujuan dengan agenda-agenda tertentu. Cara berekspresi dalam seni dengan menggunakan medium atau bahan yang diperlihatkan secara langsung (live) contohnya sebahagian tubuh,suara dan ekspresi telah banyak di gunakan pakai di kalangan pengkarya seni sejak dari dahulu lagi.

Penyaluran idea secara terus dari pengkarya kepada penonton kadang-kadang memberi cabaran, bantahan dan perbezaan pendapat melalui dialog yang sebegini.Ini adalah mungkin kerana komunikasi secara terus ini adalah perkara yang paling hampir dan mempunyai kefahaman juga intepertasi dari pelbagai sudut yang berbeza dalam kehidupan. Contohnya pendapat pengkaryaan yang disalah takfirkan dan dimanipulasi dari sudut kepercayaan dan agama, ataupun sensitiviti kaum, politik dan juga sudut psikologi itu sendiri. Malah dari perkara-perkara sebegini, ianya tidak boleh dijadikan alasan untuk pengkarya seni pertunjukan untuk taboo dan menolak rasa hormat serta bertimbang rasa dalam menghadapi masyarakat seni.

Disinilah kita dapat melihat bagaimana kajian dalam memahami masa dan ruang amat penting. Tanggungjawab oleh pembuat karya dalam jangkaan tindakbalas dari penonton haruslah di ambilberat dan sejauh mana karya itu akan memberi impak dalam masa terdekat ataupun jangkamasa yang panjang. Persoalan yang selalu diajukan adalah bagaimana medium dalam seni pertunjukkan( performance art) ini ingin di ambil sebagai sebahagian nilai (value) karya seni ? Contohnya penonton boleh mengingati warna –warna ekspresi pada kanvas tetapi untuk karya seni apakah idea dan isu itu datang dahulu ataupun aksi yang terjadi pada ketika itu? Disini ingin saya berkongsi serba sedikit tentang Aida Redza.Salah seorang pengkarya seni yang dilihat dalam medium yang berbeza dalam konteks seni visual yang luas. Walaupun latar belakang displin tarinya adalah formal dari tarian moden dan tradisional melihat gerak tubuhnya di setiap persembahan ada reaksi dan sentuhan tersendiri dan kadangkala berlaku secara spontan, menggunakan bahan dan prop yang memberi tanda (sign) tertentu, mimik muka dan suara yang bertindakbalas pada ruang itu sendiri. Dan ianya penuh dengan emosi dan suara tubuh itu sendiri!

Penglibatan hampir 15 tahun ini digunakan oleh Aida sebaik mungkin untuk berkarya secara solo, berkumpulan mahupun menjalankan aktiviti bengkel dengan komuniti dan masyarakat. Kelebihan memahami gerak tubuh melalui tarian mungkin menjadi satu kelebihan buat beliau dan menurut Aida juga beliau percaya struktur biologikal seseorang memainkan peranan dan mempengaruhi setiap ekspresi yang cuba disampaikan. Serta menjadi seorang ibu kepada 2 orang anak, dan refleksi kehidupan sebenar banyak menjadi inspirasi kepada Aida Redza. Selain daripada itu juga Aida Redza meletakkan medium seni pertunjukan yang mana tubuh adalah suara yang selalu dilontarkan dalam bertindakbalas memberi pendapat dan harapan. Antara karya solo seni pertunjukkan beliau yang merespon kepada situasi dan kritikan sosial adalah “Jadi-an Solo In Vision2020” pada 2007 di Copenhagen, Denmark, “ Sculpturer “ pada 2005 di Rotterdam Dance Art Academy, Feast Of Fool” pada 2004 di Denmark, “Stirrings” pada 2002 di Performing Studio, Pulau Pinang.

Aida Redza percaya seni itu harus berhubung dan bagaimana medium seni pertunjukkan ini dapat berfungsi dalam memberi dan menerima informasi. Antara projek bersifat kemasyarakatan yang beliau telah hasilkan adalah River Art Project, 2011. Untuk seni pertunjukkan ini , Aida Redza telah bekerjasama dengan beberapa pengkarya visual yang lain seperti Lisa Foo dan Hilyati Ramli dalam menjayakannya. Karya-karya Lisa Foo yang menggunakan bahan buangan plastik dalam susunan seni instalasi di sekitar sungai Melaka bertindakbalas dengan seni pertunjukkan Aida Redza dan Hilyati Ramli dalam persepsi hubungan manusia dengan alam. Selain daripada itu juga, kolaborasi seni pertunjukkan bersama pengkarya yang lain dalam seni pertunjukkan “Stamp over” bersama Amir Zanorin memperlihatkan bagaimana 2 perkarya membawa satu mesej yang sama iaitu tentang isu dan cabaran kumpulan migrasi dalam menyesuaikan diri melalui budaya baru, struktur sosial dan nilai-nilai kehidupan. Seni pertunjukkan yang memakan masa ber durasi panjang ini melibatkan orang sekeliling dan ruang yang di pilih adalah di hadapan pejabat Imegresen di Copenhagen, Denmark.

Melalui seni pertunjukkan ini pengkarya jelas membawa isu dan memilih ruang yang mana informasi dan mesej tepat disampaikan dalam berhubungan dengan penonton yang tepat dalam memahami dan merespon idea dari pengkarya. Dalam persoalan keupayaan seniman yang menggunakan medium seni pertunjukkan, ini adalah antara cabaran yang perlu di tangani dalam menghasilkan karya. Hubungan karya , pengkarya dan sekitarnya adalah memainkan peranan karya yang disampaikan.Jangkaan tindakbalas sebelum,sewaktu dan selepas aksi seni pertunjukkan juga perlu diambil kira dalam melihat sejauh mana pemikiran kritis dapat di kongsi dengan penonton dan masyarakat.

Saya melihat kepelbagaian dan menyokong kebebasan melontarkan pandangan yang bersifat positif ini sebagai satu inisiatif sistem demokrasi yang kita cuba dipraktikkan dalam membentuk sebuah negara yang menuju kearah pertumbuhan kebudayaan dan tamadun manusia. Antara kita sedar ataupun tidak, pemikiran manusia dan praktiknya yang bersifat organik dan sentiasa tumbuh dalam pembaharuan dan ianya memerlukan ruang dan sekeliling yang dapat menyokong pertumbuhan pemikiran dan daya praktik ini supaya ianya dapat memberi kesan yang sempurna pada masa yang akan datang.

Salut kepada rakan-rakan seni pertunjukkan yang lain juga,ekspresi tubuh kalian tanpa ada nilai yang boleh dipegang tapi akan diingat di kepala sampai mati!